she knows how i work.
POSTED ON: Sunday, February 6, 2011 @ 8:59 PM | 0 comments
hello everyone...
so, while mood's aren't perfect few days back, mum said to me something which was so similar to what i read in a book. though she doesn't know what's really happening, i suppose, a mother's instincts allowed her to say the right words at the right time to me. And so, guess what, i combined what i read in the book with what she said... And ironically, those words seems to fit in perfectly in my not so perfect life.
So here it is...
"Jangan biarkan diri menjadi seperti layang-layang yang terputus tali. Membiarkan arah ditentukan dek angin yang bertiup. Kita hidup berteraskan iman, berpaksikan akidah dalam tauhid kepada-Nya, bertunjangkan qada' & qadar yang telah ditentukan oleh-Nya. Kita mesti ada matlamat untuk menyokong tujuan sebuah kehidupan. Tiada siapa yang mampu lari daripada sebuah kesilapan. Semua orang buat salah. Dan, kita tidak boleh menarik hak mereka untuk mendapatkan kemaafan. Sedangkan Allah dan Rasul pun mengampunkan sekalian hamba dan umatnya, inikan pula kita.
Tidak mustahilkan andai dia menjadi mangsa pada sebuah keadaan yang tidak mampu dikawalnya?"
Mangsa keadaan yang tidak mampu dikawal? Atau mangsa keadaan yang sememangnya disengajakan? Inilah persoalannya. Persoalan yang mendorong hati untuk terus meragui ketulusan kemaafan yang dipinta olehnya. Zalimkah aku seandainya kemaafan itu tidak dapat aku hulurkan? Kejamkah aku jika terus meragui kejujuran? Sejujurnya, sebagai insan biasa, hati ini tidak tega untuk membiarkan kemaafan yang dipinta hanya dipandang sepi. Mentelah lagi, pelbagai cara telah dilakukan agar aku dapat menerima kemaafan itu dengan seikhlas hati...
Tapi, naluri aku membisik bahawa seandainya kemaafan aku hulurkan kini, apakah akan berulang lagi peristiwa ini pada suatu hari nanti? Apakah akan ada perkara lagi yang dirahsiakannya? Dan apakah diri ini akan terus jadi mangsa ketidakjujurannya? Memang manusia tidak lari dari kesalahan, tetapi, manusia diberi akal untuk buat pilihan. Katanya, mungkin diri tersilap pandang dan tersilap menafsir pendirian diri ini justeru membuat keputusan yang bakal memperjudikan kebahagiaan diri sendiri.
Apakah ini penghujung segala yang telah dilalui bersama sebagai sahabat? Tuhanku, izinkan hamba-Mu membuat keputusan yang dapat diterima hati yang mencari kompromi dan minda yang mencari keadilan. Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah. Kerana aku tak mahu tersungkur lagi.
Love always.
← Older / ♥ back up ♥ / Newer →